Langgar SOP, mahkamah kekal keputusan lepas tanpa bebas Neelofa, suami

Sebaran :

Neelofa dan suami didakwa melanggar SOP PKPB di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP), perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang prosiding berlangsung.

“Setelah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah tidak memberikan perintah DNA (dilepaskan dan dibebaskan),” katanya pada prosiding di mahkamah, menurut laporan Utusan.

Sebelum itu, pihak pembelaan yang diketuai peguam Muhammad Shafee Abdullah, memohon status anak guamnya ditukar daripada dilepaskan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada dilepas dan dibebaskan (DNA).



Muhammad Shafee berkata, anak guamnya juga telah menyelesaikan tiga set kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 atas kesalahan tersebut yang dibayar pada 10 Disember lalu.

Terdahulu, Noor Neelofa, 32, yang memakai jubah berwarna oren lembut dan Muhammad Haris, 26, yang memakai baju kemeja lengan panjang warna putih tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada jam 2.40 petang tadi.

Pihak pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, pada 20 Mei lalu.



Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3, Seremban, pada 2 Mei lalu.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Status halal bantuan banjir gurdwara, ‘No problem’ jawab bekas menteri agama

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.