Status halal bantuan banjir gurdwara, ‘No problem’ jawab bekas menteri agama

Status halal bantuan banjir gurdwara, ‘No problem’ jawab bekas menteri agama

Bekas menteri agama, Zulkifli Mohamad, menolak sebarang keraguan terhadap “halal haram” makanan yang dimasak sebuah rumah ibadat Sikh untuk mangsa banjir beragama Islam, selepas isu itu dibangkitkan oleh beberapa warganet.

“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka,” katanya di Twitter.

Penegasan itu diberikan susulan jaminan seorang pengguna Twitter berketurunan Punjabi bahawa rumah ibadat atau gurdwara itu hanya menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran.

Sejak Ahad lalu, Gurdwara Sahib di Petaling Jaya bersama puluhan sukarelawan pelbagai kaum, termasuk yang beragama Islam, menyediakan makanan panas untuk diagihkan kepada ribuan mangsa banjir Lembah Klang.

Namun, segelintir warganet mempersoalkan status halal bantuan itu, malah ada yang berkata lebih rela mati kebuluran daripada menerima makanan yang tak sah halal.

Kesangsian mereka ditolak sama sekali oleh Zulkifli.

“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Moga Tuhan merahmati mereka,” katanya.

Selain makanan, rumah ibadat Sikh itu juga menyalurkan bantuan lain kepada mangsa, seperti beras, biskut, susu bayi, lilin dan mancis, lampin dan tuala wanita yang disumbang oleh warga ibu kota pelbagai kaum. FMT

Nota : Untuk maklumat segala masakan yang dilakukan di Gurdwara adalah berasaskan sayuran kerana masakan berasaskan binatang tidak dibenarkan.

Status halal bantuan banjir gurdwara, ‘No problem’ jawab bekas menteri agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker