Banjir: Pecah masuk pasar raya, 31 warga asing diberkas

Sebaran :

Banjir: Pecah masuk pasar raya, 31 warga asing diberkas

Seramai 31 individu diberkas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah pasar raya, di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib, berkata kesemua suspek ditahan adalah warga asing.

“Suspek ditahan terdiri 10 warganegara Indonesia, tujuh warganegara Bangladesh, sembilan warganegara Nepal dan lima warganegara Myanmar.



“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, tular klip video berdurasi 11 saat memaparkan kejadian sekumpulan individu memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka di Shah Alam.

Semalam, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk, semalam.

Baharudin berkata, kejadian itu berlaku sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang tadi di sekitar Sri Muda, khususnya Seksyen 15.



“Antara kedai serbaneka terlibat ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat,” katanya. FMT

Banjir: Pecah masuk pasar raya, 31 warga asing diberkas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.