Parti Bangsa Malaysia dilancar hari ini

Parti Bangsa Malaysia dilancar hari ini

Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan membuat kemunculan dalam kancah politik negara ini apabila bakal dilancarkan pada Selasa.

Menerusi satu jemputan kepada pihak media pada Isnin, parti tersebut yang menggelarkan mereka sebagai ‘kuasa baharu’ akan dilancarkan di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada jam 2.30 petang, Selasa.

Jemputan yang berlatarbelakangkan warna ungu itu turut menggunakan slogan Rumah Malaysia, Keluarga Malaysia.

Difahamkan, PBM dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penukaran nama SWP kepada PBM dan perlembagaan baharunya.

PBM mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 November dan barisan kepemimpinan baharu juga dilantik.

Pada masa ini, Presiden PBM ialah Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.

Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut. Sinar

Parti Bangsa Malaysia dilancar hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker