Lelaki Hadiahkan Duit Untuk HariJadi Kekasih Beli Itik [VIDEO]

Lelaki Hadiahkan Duit Untuk HariJadi Kekasih Beli Itik [VIDEO]

JAKARTA – Seorang wanita dari Sumatera Utara menjadi tular di media sosial apabila mendedahkan dia hanya meminta hadiah berupa ternakan itik daripada kekasihnya sempena hari lahir, lapor portal berita Tribunnews, semalam.

Yanti Christa Silaban, 27, memuat naik tangkap layar kiriman wang daripada teman lelakinya, Sean Brook yang juga warganegara New Zealand sebanyak NZD2,500 (RM7,352) untuk membeli hadiah impiannya.

Menurut Yanti, dia memang berhasrat untuk menternak itik dan menjadikannya punca pendapatan namun tidak menyangka ia mendapat sokongan kekasihnya.



@christasean

Aku terharu😥😥 pacarku baik banget 😥😥😥 #pacarbule #fypシ #christasean

♬ Here’s Your Perfect – Flukie – Flukie

“Saya mahukan hadiah yang bermanfaat dan menguntungkan jadi saya terfikir untuk menternak itik di belakang rumah.



“Brook bertanya berapa ekor yang diinginkan dan saya menjawab 100 ekor kerana idea ini masih baharu. Jika berjaya, barulah saya bercadang untuk menambah bilangannya,” kata Yanti.

Tambah Yanti, tiga hari sebelum hari lahirnya pada 14 Ogos, teman lelakinya mengirimkan wang sebanyak RM7,352 yang boleh digunakan untuk membeli 1,000 ekor itik.

“Saya terkejut melihat jumlah wang yang dikirim tetapi tetap membeli 100 ekor itik sahaja. Baki wang yang dikirim, saya simpan dahulu,”ujarnya.

Yanti dan Brook yang berkenalan menerusi satu platform cari jodoh online dan sudah bercinta sejak 2018. – Agensi



@christasean

gak gitu juga kelesss 😁😁😁 #mixedcouple #bebek #pacarbule

♬ original sound – Fitness Freak

Lelaki Hadiahkan Duit Untuk HariJadi Kekasih Beli Itik [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker