Najib kagum sikap penyelamat dan sukarelawan di waktu bencana
Najib kagum sikap penyelamat dan sukarelawan di waktu bencana
Saya sangat kagum dengan kesungguhan rakyat Malaysia dan front-liners membantu satu sama lain ketika bencana ini.
Semangat ini bukan pertama kali dipamerkan kita semua. Tiada siapa boleh nafikan kesungguhan dan semangat rakyat Malaysia ini dalam aktiviti sukarelawan. Saya puji semangat anda!
Apabila saya turun bersama pasukan saya untuk hantar bantuan, saya terserempak dengan ramai rakyat yang turun membawa segala jenis barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Kaya pahala rakyat Malaysia.
Kita juga usah lupa dengan pengorbanan semua anggota penyelamat yang bertungkus lumus sejak Jumaat lalu.
Saya ada berjumpa dengan anggota ini di beberapa kawasan terjejas dan ada yang belum pulang ke rumah lagi sejak Jumaat lalu demi tugas. Masih mampu tersenyum dan menggalas tugas dan amanah.
Saya tahu ada yang marah marah dan mendakwa anggota keselamatan kita lewat tiba.
Kita perlu faham, banjir kali ini serentak berlaku contohnya di Selangor, di banyak kawasan penduduk maka kerahan anggota dan aset perlu diagihkan dan pasti akan berlaku kelewatan.
Kita perlu ambil kira, pengerakan mereka yang terpaksa menempuh jalan putus, tanah runtuh dan sebagainya namun mereka tetap berusaha untuk tiba di kawasan terjejas.
Saya diberitahu ada yang turut menengking anggota keselamatan ini. Saya harap anda semua bersabar kerana mereka sedang melakukan yang terbaik dengan kemampuan paling tinggi.
Ucapkan terima kasih pada mereka kerana anggota keselamatan ini sedang melakukan yang terbaik untuk kita semua. Itu sahaja yang saya pohon dari anda.
NAJIB RAZAK
Najib kagum sikap penyelamat dan sukarelawan di waktu bencana
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.