Utamakan kesihatan walau dalam bencana – Ismail

Sebaran :

Utamakan kesihatan walau dalam bencana – Ismail

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan mangsa banjir untuk terus menjaga kesihatan diri masing-masing, terutama dalam keadaan kecemasan dan bencana.

“Dalam keadaan kecemasan macam ini perlu jaga kesihatan, susah juga kalau tak sihat dan pastikan makan dengan cukup,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang Pertang, Jelebu hari ini.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bersama hampir 70 mangsa banjir daripada 17 keluarga, selain turut meninjau pusat operasi PPS berkenaan.



Terdahulu, Ismaik turut melawat 145 mangsa banjir di Dewan D’Sury dekat sini.

Dalam pada itu, mangsa banjir Rosalina Abd Rahman, 56, melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan Ismail Sabri yang sanggup meluangkan masa ‘turun padang’, melihat sendiri keadaan mangsa banjir di Jelebu.

“Terima kasih PM, rasa terharu beliau datang, ini kali pertama saya jumpa depan-depan, ini menunjukkan keprihatinannya dan tidak melupakan mangsa banjir seperti kami,” katanya yang berada di PPS berkenaan sejak tiga hari lepas, bersama empat anak termasuk seorang anak kurang upaya.

Bercerita lanjut, Rosalina yang menetap di Kampung Mentaus di sini berkata kejadian banjir teruk 18 Dis lepas merupakan bencana paling teruk dalam hidupnya, dan meninggalkan kesan dan trauma kepada mereka.



“Kami tak sempat selamatkan apa-apa, berlaku sekelip mata, memang tak jangka seteruk ini, banjir menenggelamkan hampir 90 peratus rumah kami, rasa sangat sedih tapi kami reda,” katanya.

Utamakan kesihatan walau dalam bencana – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *