“Kalau aku jumpa aku ‘sepak’ muka engkau” – Azhar Osman

“Kalau aku jumpa aku ‘sepak’ muka engkau” – Azhar Osman

Penyanyi, Azhar Osman meluahkan rasa berang terhadap tindakan biadap beberapa individu terhadap seorang warga emas yang juga mangsa banjir dalam sebuah rakaman tular baru-baru ini.

Azhar menerusi Instastorynya menyifatkan tindakan individu-individu terbabit yang mengarahkan warga emas tersebut menunjukkan kesedihan ketika berada di rumahnya yang ranap sebagai keterlaluan dan kurang ajar.

“Aku benda lain boleh tahan lagi, tapi kalau melibatkan kurang ajar dengan orang tua sampai macam itu.

“Orang itu dah berumur 70 lebih tahun, baru sahaja hilang rumah, tinggal tangga sahaja. Kau boleh kurang ajar. Paling geram suara perempuan di belakang itu.

“Kalau aku jumpa aku ‘sepak’ muka engkau. Keluar biji mata engkau. Syaitan. Sudah bencana alam macam ini nak suruh berlakon lagi. Apa perangai?” Katanya geram.

Video berkenaan yang dimuat naik di IG kosmo_online menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Pihak Kosmo! Dalam keterangan yang disertakan bersama video tersebut menyatakan bahawa suara yang memberi arahan kepada warga emas yang dirakam bukan dikeluarkan oleh wartawannya.

Dalam pada itu, seorang pengguna IG, fiena_sua menerusi ruangan komen tampil menjelaskan bahawa suara yang dirakam memberi arahan datang dari salah seorang ahli keluarga warga emas tersebut.

“Itu suara family (keluarga) makcik itu sendiri. Empunya suara sudah explain (menjelaskan) dekat Twitter,” katanya. Utusan

“Kalau aku jumpa aku ‘sepak’ muka engkau” – Azhar Osman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker