Muda tuntut Abdul Latiff letak jawatan kerana gagal selaras bantuan

Muda tuntut Abdul Latiff letak jawatan kerana gagal selaras bantuan

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Dr Abdul Latiff Ahmad berundur daripada jawatannya sebagai menteri setelah berdasarkan kepada cara kerajaan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menguruskan isu banjir beberapa hari lalu.

Dalam kenyataan hari ini Ketua Penerangan Muda, Zaidel Baharuddin, berkata menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mesti bertanggungjawab atas kegagalan yang berlaku.



Peletakan jawatan itu, katanya, perlu dilakukan segera selepas melihat kepada tiadanya penyelarasan menguruskan bencana yang berlaku.

“Kami merujuk kepada beberapa laporan portal akhbar yang menyatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lambat dihantar ke kawasan bencana banjir di sekitar Lembah Klang kerana Nadma gagal mengkoordinasi (bantuan) bencana.

“Ada juga yang melaporkan Nadma agak keberatan untuk melibatkan ATM atas sebab-sebab yang tidak diketahui,” katanya.

Tambah Zaidel Muda juga melihat sendiri bagaimana kerja-kerja membantu itu gagal dijalankan dengan lancar berdasarkan pengalaman sukarelawan parti itu di lapangan.



Sebelum ini, beberapa mangsa banjir mendakwa bahawa tiada penyelarasan antara punca utama kelewatan bantuan di kawasan bencana.

Untuk rekod, pada 15 Dis lalu satu portal berita melaporkan Abdul Latiff berkata, Nadma hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada kerajaan negeri.

Katanya, Nadma juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

Muda berkata dengan apa yang dilakukan Abdul Latiff adalah tidak wajar kerajaan membazirkan wang rakyat untuk menanggung kos berpuluh-puluh ribu ringgit setiap bulan bagi membayar menteri terbabit serta segala pegawai dan pengiringnya. Mk



Muda tuntut Abdul Latiff letak jawatan kerana gagal selaras bantuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis



Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker