Perodua tawar bantuan, diskaun untuk pemilik kenderaan terjejas banjir

Perodua tawar bantuan, diskaun untuk pemilik kenderaan terjejas banjir

Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat-syarat yang dikenakan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Ahad.



“Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir,” memetik laporan Bernama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata perkhidmatan nilai tambah ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan semasa bencana tersebut.

“Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.

Alat ganti tulen kami dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan kami meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka,” katanya. Wc



Perodua tawar bantuan, diskaun untuk pemilik kenderaan terjejas banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis



Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker