Niat menonton wayang terganggu lihat lelaki curang

Niat menonton wayang terganggu lihat lelaki curang

JAKARTA – Niat seorang wanita hendak menonton wayang terganggu apabila melihat seorang lelaki berlaku curang terhadap teman wanitanya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun TikTok bernama @wanttodie214, rakaman menunjukkan beberapa baris kerusi di panggung wayang.

Gelagat pasangan itu membuatkan wanita itu yakin bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Pemilik akaun itu menceritakan situasi di mana lelaki itu berlaku curang ketika menonton wayang.

‘’Kepada kakak yang menonton filem ‘Yowis Ben’ dengan teman lelaki yang duduk di baris C, kerusi 1 dan 2, saya nak beritahu perkara ini kepada kakak.

‘’Teman lelaki akak berbalas mesej di Instagram dengan beberapa wanita lain sepanjang filem ditayangkan. Saya tidak bermaksud untuk menyibuk, namun keadaan gelap menyebabkan mata saya tertumpu ke skrin telefonnya yang cerah,’’ tulisnya.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Terima kasih puan kerana berbuat baik sebab tak semua perempuan macam ni. Malah teman lelaki saya dirampas oleh kawannya yang membantunya menyiapkan tesis,’’ tulis seorang netizen. K Online

Niat menonton wayang terganggu lihat lelaki curang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker