‘Prestasi PH selama 22 bulan susahkan DAP di Sarawak’

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak David Wong menyebut mengenai prestasi buruk selama 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu punca kekalahan besarnya dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Wong berkata masalah pentadbiran PH pada masa itu telah menyukarkan DAP untuk memenangi hati rakyat Sarawak.

“DAP Sarawak terjejas dengan masalah yang berlaku sepanjang 22 bulan kerajaan PH. Kami tidak dapat membuka ikatan yang ‘tersimpul mati’ ini.

“Walaupun adalah tidak adil untuk menyalahkan semua masalah kepada PH, ini adalah realiti politik. Kami telah cuba sedaya upaya untuk menjelaskan (kepada pengundi) tetapi jawapannya sudah pun diberikan pada 18 Dis (hari mengundi),” kata Wong dalam catatan Facebook hari ini.

Dia juga menegaskan bahawa kegagalan mencapai kata sepakat bagi kerjasama dalam kalangan pembangkang telah menguntungkan gabungan kerajaan – GPS, termasuk pertembungan kerusi di kalangan parti pembangkang.

“Parti Sarawak Bersatu (PSB) bercita-cita tinggi mahu mengambil alih GPS dan mengkritik DAP hanya mahu menjadi pembangkang yang kuat dan lain-lain…..yang telah menggagalkan rundingan kerusi pembangkang untuk bertanding satu lawan satu menentang GPS.

“Selain perbalahan dalaman (antara pembangkang), prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya dan wabak juga menjejaskan keputusan pilihan raya negeri,” katanya.

Wong juga mengatakan undi DAP di kawasan bandar telah dipecahkan oleh parti-parti yang bertanding atas platform kemerdekaan.

“Kita lihat dalam tempoh lima tahun akan datang sama ada mereka akan berkhidmat kepada rakyat atau mereka hanya akan keluar untuk memecahkan undi semasa pilihan raya.

“Oleh kerana semuanya telah berlaku, biar GPS memenuhi manifesto pilihan raya mereka. Kami akan melakukan semak dan imbang untuk memastikan mereka cakap serupa bikin,” tambahnya.

Semalam, pemimpin DAP Lim Kit Siang juga berkata prestasi buruk parti itu sebahagiannya disumbangkan oleh peratusan keluar mengundi yang rendah dan pembangkang yang berpecah belah.

‘Prestasi PH selama 22 bulan susahkan DAP di Sarawak’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bantuan tambahan untuk peniaga mangsa banjir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker