Kerajaan tak pernah gagal bayar semula hutang negara ikut jadual
KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi pembayaran semula hutang negara mengikut jadual, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, komitmen tersebut membuktikan disiplin kerajaan dalam aspek pengurusan hutang yang lebih mampan.
Beliau berkata, sehingga akhir September tahun ini, hutang negara mencecah RM969.3 bilion atau 64 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Daripada jumlah hutang ini, hutang statutori berjumlah RM905 bilion atau 59.7 peratus kepada KDNK, iaitu masih di bawah had statutori 60 peratus.
“Had statutori ini telah dinaikkan kepada 65 peratus kepada KDNK pada Oktober lepas,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan, Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee yang ingin tahu adakah negara akan menjadi negara penghutang sekiranya hutang negara berterusan dan bertambah teruk.
Dalam pada itu, Yamani Hafez berkata, pelaksanaan langkah rekonsiliasi fiskal serta kutipan hasil yang lebih baik pasca krisis dijangka dapat mengurangkan paras hutang dan beban bayaran khidmat hutang secara beransur-ansur demi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
“Namun, bayaran khidmat hutang adalah satu perbelanjaan yang masih mampu kita bayar dan ia diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 98(1)(b) iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan Persekutuan.
“Ini memastikan kerajaan dapat membuat bayaran khidmat hutang mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya. – Bernama
Kerajaan tak pernah gagal bayar semula hutang negara ikut jadual
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.