Hujan Rahmat Bertukar Bencana, Ini Puncanya

Hujan Rahmat Bertukar Bencana, Ini Puncanya

“Katak oh katak, kenapa panggil hujan. Macam mana aku tak panggil, ular hendak makan aku. Ular oh ular kenapa hendak makan katak.. Itu memang makanan aku…”

Lagu rakyat yang diajarkan oleh penjajah agar kita sentiasa meletakan kesalahan kepada orang lain. Hinggakan apabila datangnya bencana di dalam bentuk banjir besar masih lagi menuding jari kepada orang lain.

Inilah kesan pembangunan, tarah bukit, tebang hutan dan kambus sungai. “Itulah banyak sangat maksiat, sebab itulah Allah turunkan bala.” Namun di mana letaknya tanggung jawab kita untuk bersama melestarikan alam. Akhirnya hujan yang Allah turunkan sebagai rahmat menjadi bencana. Itulah salah satu tanda kecil kiamat dan akhir zaman.

Rasulullah s.a.w. bersabda

“Di antara tanda dan isyarat kiamat (telah dekat) bahawa anak-anak akan mudah menjadi pemarah, hujan akan menjadi bencana dan bahawa jumlah orang jahat (bagai air) membanjir (bah).” – HR al-Tabrani dari Ibnu Masud.

Benarkah akhir-akhir ini hujan sudah bukan lagi rahmat sebaliknya bencana. Apabila hujan hati mulai resah, bimbang terperangkap di dalam banjir kilat. Hujan juga menyebabkan harta benda musnah seperti yang berlaku pada ketika ini.

Adakah Tuhan memang sudah menurunkan hujan sebagai bencana? Di mana punca semua itu?

Inilah penjelasan daripada Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM), Rosmidzatul Azila Mat Yamin. Dulu, hujan dikatakan rahmat kerana ia menyuburkan tanah, memberi kehidupan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Ketika bumi masih suci belum ternoda dengan pembangunan, hujan yang turun akan diserap oleh tanah dan selebihnya akan dialirkan ke sungai dan tasik. Hujan merupakan rahmat kepada kita apabila tumbuhan yang hijau menjadi semakin subur dan tumbuhan itu membekalkan oksigen kepada manusia. Jadi itulah yang dikatakan bahawa hujan itu sebagai rahmat.

“Di dalam al-Quran banyak juga menyebut bahawa hujan itu sebagi rahmat. Memang benarlah bahawa hujan yang Allah turunkan itu adalah rahmat kerana janji Allah adalah benar dan Al-Quran itu pun benar.

Hal mengenai hujan rahmat disebut di dalam surah Al-Mu’minun:18

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”

Begitu juga betapa Allah menurunkan hujan itu sebagai rahmat kepada manusia. Di dalam surah Luqman:10,

“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkannya supaya bumi itu tidak mengayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai-bagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai-bagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.”

Tumbuhan diciptakan bagi mengawal air hujan, namun jika ia dimusnahkan sudah pasti bencana banjir berlaku
Ayat itu sudah membuktikan bahawa hujan adalah dengan segala macam rahmat. Ya, dulu hujan diturunkan sebagai rahmat kerana banyak memberi manfaat kepada manusia. Kalau dahulu kita tengok hujan turun mengikut musim seperti yang diramalkan oleh ramalan cuaca.

Namun kini hujan sudah tidak boleh diramalkan lagi, hujan akan turun pada bila-bila masa saja. Semua itu bukan kerana hujan itu sudah menjadi bencana tetapi kerana faktor pemanasan global.

“Hujan tetap akan turun sebagai rahmat dari Allah kerana banyak ayat al-Quran yang menyebut tentangnya. Bahawa Allah turunkan hujan itu lalu menyebabkan pokok-pokok mengeluarkan buah-buahan yang pelbagai rasa. Juga dengan air itu kapal boleh berlayar dan menggunakan sungai dengan pelbagai manfaat,” terangnya.

Memang benarlah firman Allah di dalam surah Ibrahim: 32,

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).”

Angkara Siapa Pemanasan Global?

Tegas, Rosmidzatul, pemanasan global terjadi bertitik tolak daripada keadaan alam sekitar yang sudah pincang disebabkan aktiviti manusia yang tidak menjaganya sebaik mungkin. Angkara perbuatan manusia inilah yang memusnahkan alam sekitar dan segala-galanya yang berkaitan dengan alam.

Malah Allah telah tegaskan di dalam surah Ar Ruum: 41,

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Katanya, ayat tersebut menyatakan dengan jelas bahawa berlaku kerosakan di muka bumi adalah angkara perbuatan manusia. Allah sudah memberi peringatan di dalam ayat tersebut tentang kerosakan di muka bumi.

Sedangkan kita boleh menangani segala kerosakan yang berlaku jika kita merenung kembali kepada al-Quran dan memikirkan apa yang tersirat di sebaliknya. “Apa yang dikatakan hujan rahmat bertukar menjadi bencana pada hari ini telah berlaku banjir kilat yang teruk di Malaysia, Thailand, Pakistan, Kemboja, Vietnam dan negara-negara lain. Itulah yang dikatakan hujan bencana namun hujan itu masih menjadi rahmat. Wallahu a’lam Utv

Hujan Rahmat Bertukar Bencana, Ini Puncanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker