Kakitangan awam diberi cuti kecemasan, bantuan RM1,000 ketua isi rumah – PM
Kakitangan awam diberi cuti kecemasan, bantuan RM1,000 ketua isi rumah – PM
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam di seluruh negara yang terkesan akibat bencana banjir.
Dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Klang, beliau berkata untuk kakitangan swasta, syarikat disaran memberi pekerja cuti berbayar, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.
“Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.
“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan masing-masing…paling penting cuti kecemasan ini tidak boleh tolak cuti tahunan atau potongan gaji dilakukan,” katanya.
Terdahulu, beliau melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Teluk Gong, Klang yang menempatkan hampir 2,000 orang.
Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan bantuan ehsan sebanyak RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah di seluruh negara yang terjejas akibat banjir.
“Kadar Bantuan Wang Ihsan bagi setiap isi rumah ini akan diberikan selepas mereka pulang ke rumah, paling penting kita akan segerakan bayaran bantuan ini bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana banjir,” katanya.
Sementara itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan di peringkat awal untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir.
“Ini adalah bantuan awal, kita akan tambah dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri juga mengarahkan sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat ditempatkan di setiap PPS bagi memastikan kesihatan mangsa banjir diberi perhatian.
“Perkara ini akan dimaklumkan lebih teliti oleh Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) berhubung berapa lama pasukan perubatan perlu ditempatkan di satu-satu PPS, paling utama setiap mereka yang sakit mendapat perhatian dan rawatan sewajarnya,” katanya. FMT
Kakitangan awam diberi cuti kecemasan, bantuan RM1,000 ketua isi rumah – PM
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.