JKM pastikan mangsa banjir terima kemudahan dan bantuan – PM (Video)

JKM pastikan mangsa banjir terima kemudahan dan bantuan – PM (Video)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Klang pagi ini.

Berkongsi perasaannya di Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, beliau terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa-mangsa banjir di SK Johan Setia, Klang.

“Hari ini sahaja kira-kira 690 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir berkenaan dan saya sempat menyantuni mangsa-mangsa yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak kecil.

“Selain bertanya khabar, saya berdoa semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi musibah yang melanda,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, pada masa yang sama, beliau telah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya memastikan setiap mangsa menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.

“Sama-sama kita doakan keselamatan mangsa-mangsa banjir,” jelasnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Telok Gong, sekitar jam 11.20 pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

JKM pastikan mangsa banjir terima kemudahan dan bantuan – PM (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker