Spiderman terkedu tengok aksi wheelie (Video)

Spiderman terkedu tengok aksi wheelie (Video)

Maafkan ‘spiderman’ tak sempat tolong.

Itu antara reaksi ‘nakal’ netizen apabila melihat klip video aksi lagak ngeri seorang penunggang motosikal menunjukkan kemahiran ‘wheelie’ yang berakhir dengan kemalangan.

Menerusi klip video berdurasi 26 saat itu, kelihatan seorang penunggang motosikal tercampak dari kenderaannya selepas melakukan aksi ‘wheelie’ di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Lebih membahayakan, pemuda berkenaan dipercayai tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

Pada masa sama, kelihatan seorang penjual jalanan yang mengenakan kostum ‘spiderman’ berdekatan kejadian kemalangan itu.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di Bangi, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata pengguna mengutuk perbuatan lelaki berkenaan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

“Nak menunjuk ‘skill’ sangat sekali tergolek atas jalan raya, sakit dapat malu pun dapat, nasib baik tidak langgar orang lain,”tulis Hakim Ruslan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Dayangku Sarah.

“Maafkan spiderman kerana tak sempat tolong, mungkin spiderman masih terkejut. Lain kali kalau nak tunjuk ‘skill’ sila masuk litar bukan di jalan raya,”katanya. K Online

Spiderman terkedu tengok aksi wheelie (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker