41 ekor ular tedung ditemukan bersarang di sekolah

Sebaran :

41 ekor ular tedung ditemukan bersarang di sekolah

KLATEN: Sekurang-kurangnya 41 ekor ular tedung ditemukan di bangun sekolah menengah pertama (SMP) di Karangdowo di Klaten, Jawa Tengah.

Ketua Sukarelawan Tindakan Kecemasan Klaten, Eko Santoso berkata, keadaan cuaca yang sering hujan ketika ini menjadi antara faktor pendorong kepada pembiakan haiwan berbisa itu.

“Selain itu, kawasan sawah padi yang merupakan antara habitat utama ular tedung sering terganggu menyebabkan haiwan itu menukar habitatnya di sekitar bangunan.



“Kami terus ke sekolah tersebut selepas menerima laporan penemuan sarang ular tedung yang banyak,” katanya.

Jelas Eko, pasukannya mengambil masa selama dua jam untuk memindahkan semua ular tedung berkenaan, termasuk beberapa biji telur.

Eko memberitahu, kesemua ular itu akan diperiksa sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

“Ketika musim hujan, tahap kelembapan adalah tinggi, menyebabkan ular sering masuk ke rumah atau bangunan untuk bertelur dan berlindung.



“Sehubungan itu, adalah penting untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya tidak menjadi sarang ular,” ujarnya. Utusan

41 ekor ular tedung ditemukan bersarang di sekolah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.