Zakar lelaki bengkak tersekat dalam mangga kunci

Pasukan kesemalatan dipanggil untuk memotong mangga kunci selepas ia tersekat pada zakar seorang lelaki di Bangkok. – INN

BANGKOK – Pasukan kecemasan di Bangkok terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seorang lelaki selepas zakarnya tersepit pada sebuah mangga kunci, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Dalam kejadian di daerah Phaya Thai di Bangkok itu, petugas kecemasan Yayasan Ruam Katanyu dipanggil ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki bertatu dalam keadaan kemaluannya tersekat pada sebuah mangga kunci.

Pasukan penyelamat akhirnya dapat membebaskan kemaluan lelaki itu selepas memotong besi mangga kunci tersebut dengan menggunakan apa yang dipanggil sebagai ‘alatan pakar’.

Kemaluan lelaki itu dikatakan menjadi merah dan membengkak. Tempoh masa kemaluannya tersekat di dalam mangga kunci itu bagaimanapun tidak diketahui.

Sebelum ini, kejadian serupa berlaku pada Julai lalu apabila seorang lelaki cuba mengeluarkan zakarnya yang tersepit pada sebuah mangga kunci selama 14 hari, selepas ia membengkak dan menjadi amat sakit.

Pihak berkuasa negara itu mendedahkan butiran cerita itu kepada umum dengan harapan supaya orang ramai tidak melakukan perkara serupa pada masa hadapan. – AGENSI

Zakar lelaki bengkak tersekat dalam mangga kunci


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker