Tanggung malu, azab kemaluan tersekat soket paip selama sejam

Tanggung malu, azab kemaluan tersekat soket paip selama sejam

Bukan saja menanggung malu malah seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama sejam apabila kemaluannya tersekat pada soket paip PVC dalam kejadian di Lawas, Sarawak, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas Hospital Lawas berhubung insiden itu pada 7 pagi bagi khidmat khas memotong serta mengeluarkan soket paip PVC itu daripada kemaluan mangsa berusia 43 tahun.



“Sebaik tiba di Hospital Lawas, kami dapati seorang lelaki berada dalam kesakitan akibat soket paip yang terlekat pada kemaluannya.

“Berikutan itu, kami terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi memotong soket paip berkenaan yang tidak dapat ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

“Selepas berusaha hampir satu jam, soket paip itu berjaya dipotong serta dikeluarkan daripada kemaluan mangsa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan motif perbuatan itu tetapi mangsa dikatakan memasukkan kemaluan ke dalam soket paip berkenaan dan tidak dapat ditanggalkan selepas dia berbuat demikian.



Susulan langkah berhati-hati anggota bomba sepanjang menjalankan tugas memotong soket paip berkenaan, lelaki itu terselamat daripada kecederaan. FMT

Tanggung malu, azab kemaluan tersekat soket paip selama sejam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker