Gadis dakwa dirogol 400 lelaki hingga hamil
Gadis dakwa dirogol 400 lelaki hingga hamil
Seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun melalui detik hitam apabila telah dirogol oleh 400 lelaki selama enam bulan lalu sejak Jun 2021.
Insiden penuh menyayat hati itu berlaku di daerah Beed, Maharashtra, India.
Lebih menyedihkan wanita itu turut dicabul secara seksual oleh anggota polis ketika mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan polis.
Kini gadis itu dilaporkan sedang hamil dua bulan.
Selepas membuat laporan polis, kes didaftarkan dan kertas siastan telah dibuka di bawah Akta Pencegahan Perkahwinan Kanak-Kanak, Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Jenayah Seksual, dan Seksyen Rogol dan Cabul di bawah Kanun Keseksaan India.
Pada hujung November lalu, Superintendan Raja Ramasamy berkata, tiga lelaki disyaki suspek dalam kes jenayah tersebut telah diberkas polis bagi membantu siasatan.
Berdasarkan aduan gadis itu, dia telah kehilangan ibunya sejak beberapa tahun yang lalu sebelum bapanya mengahwinkan mangsa pada Mac lalu.
Bagaimanapun, gadis itu menjadi mangsa penderaan oleh keluarga mertua dan juga suaminya sebelum mangsa melarikan diri daripada keluarga itu dan kembali ke pangkuan bapanya.
Namun, bapanya tidak mahu menerima mangsa lalu menghalaunya dari rumah sebelum mangsa mengemis di kawasan stesen terminal bas di daerah Beed.
Di situlah kanak-kanak itu mula terdedah dengan gangguan dan serangan seksual.
Dalam kenyataan kepada jawatankuasa kebajikan kanak-kanak, gadis itu mendakwa dia didera secara fizikal oleh ramai orang sebelum tampil ke balai polis beberapa kali untuk mengadu mengenai tragedi yang menimpa dirinya.
“Namun polis juga berkelakuan tidak senonoh terhadap saya selain tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penjenayah rogol, selain dicabul oleh anggota polis,”keluhnya.
Selepas berita itu terbongkar, polis telah memfailkan siasatan dan tiga suspek telah ditangkap serta sedang disiasat manakala suspek-suspek lain sedang diburu. MG
Gadis dakwa dirogol 400 lelaki hingga hamil
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan
- Mahathir gesa bincang peranan raja berperlembagaan
- Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar
- Zeti harus bertanggungjawab!
- Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat
- Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat
- Jawapan kepada tuduhan Lim terhadap Ismail Sabri
- Penyelam Skuba Menitis Air Mata Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu [VIDEO]
- Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook
- Jurulatih gim dihukum penjara, rakam wanita mandi dalam tandas
- Salji turun di Genting Highlands?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.