Cuepacs tak setuju keluar wang KWSP
Cuepacs tak setuju keluar wang KWSP
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berpandangan tiada lagi keperluan untuk kerajaan membenarkan kemudahan mengeluarkan wang simpanan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, sekiranya kemudahan itu diteruskan, ia akan memberi kesan kepada orang ramai terutamanya golongan pesara kerana memiliki jumlah simpanan KWSP terlalu rendah.
“Cuepacs tidak bersetuju sekiranya masih ada lagi cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang KSWP memandangkan lebih RM100 bilion telah dikeluarkan sebelum ini.
“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan, kesannya kelak ramai yang akan bersara dengan jumlah simpanan KWSP terlalu rendah dan mungkin akan menjadi pesara yang miskin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Adnan, ekonomi negara dilihat semakin pulih dan kembali berkembang apabila kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan yang ketat kepada pembukaan sektor tersebut.
Selain itu, rakyat juga tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan dan kembali boleh melakukan aktiviti serta perniagaan masing-masing.
Sehingga kini kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. K Online
Cuepacs tak setuju keluar wang KWSP
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan
- Mahathir gesa bincang peranan raja berperlembagaan
- Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar
- Zeti harus bertanggungjawab!
- Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat
- Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat
- Jawapan kepada tuduhan Lim terhadap Ismail Sabri
- Penyelam Skuba Menitis Air Mata Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu [VIDEO]
- Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook
- Jurulatih gim dihukum penjara, rakam wanita mandi dalam tandas
- Salji turun di Genting Highlands?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima
You must be logged in to post a comment.