Saudi berbeza di bawah Putera Mohamad Bin Salman
Saudi berbeza di bawah Putera Mohamad Bin Salman
oleh Dr Mohd Mizan Aslam
Saudi Arabia sudah jauh berbeza, negara berkenaan yang sekarang bukan lagi seperti Saudi yang dulu. Saudi sekarang jauh lebih moden, maju, liberal, malah sudah hilang Asianya, yang tinggal adalah Baratnya sahaja.
Dunia melihat pembaharuan yang dilakukan oleh Putera Mohamad Bin Salman (MBS), wawasan 2030, projek NEOM dan pelbagai lagi.
Walaupun ancaman pandemik Covid-19 sejak 2020 hingga 2021, akan, tetapi Saudi berjaya mengawalnya dengan cukup baik hinggalah berjaya melancarkan Riyadh Season dan Formula-1 Saudi. Ini betul-betul rebranding kepada Saudi yang bakal menjadikan negara yang mengawal ‘haramain’ ini sebagai sebuah negara Islam yang maju, progresif, moden dan kuasa besar dunia Islam.
Dalam pelbagai reform yang sedang dilakukan ini, Saudi juga sedang mengikis imej ekstremism yang sering dikaitkan dengan warganya. Imej Wahhabi yang cuba dihilangkan adalah merupakan satu usaha yang mengundang pertembungan antara pimpinan dan masyarakat di Saudi.
Dengan jiwa yang berwawasan cukup besar, MBS cuba mengubah Saudi menjadi negara yang berbeza secara total. Menerusi temu ramah MBS bersama David Ignatius, wartawan Washington Post pada 22 April 2017, jelas MBS sekali lagi menekankan tentang reform yang dibawanya bersifat sky’s the limit.
Ini bermakna tiada siapa yang akan dapat menghalang segala pembaharuan yang dilakukannya daripada mencapai berjaya. Beliau akan melakukannnya dalam apa sahaja keadaan dan dengan apa sahaja cara yang dimahukannya, asalkan cita-cita besar beliau tercap
Penghapusan Polis Agama – Mutawaa
MBS juga menyatakan beliau muda dan 70 peratus penduduk Saudi adalah golongan muda. Selama ini berdekad-dekad Saudi hidup dalam keadaan yang salah, pergantungan kepada sumber minyak semata-mata dan dikawal golongan agama yang ekstrem.
Maka sudah sampai masanya pembaharuan dibawa dengan menjayakan agenda untuk golongan muda, mempelbagai sumber ekonomi, memperkasa Saudirization serta menyahkan peranan agamawan yang sempit pemikiran.
Selama 40 tahun sejak 1976, Polis Agama atau Mutawaa menjadi sangat berkuasa, kes penyalahgunaan kuasa oleh Mutawaa ini seringkali disebut. Kehadiran Mutawaa ini amat tidak disenangi terutamanya ditempat-tempat awam, pasar raya, pantai dan majlis tertentu. Wanita seringkali menjadi subjek interogasi dan dimalukan kerana berpakaian tidak menutup aurat dan pergaulan bebas. Akan tetapi keadaannya jelas berbeza apabila MBS mengumumkan penghapusan Mutawaa ini secara total pada 2016.
Hilangnya pengaruh Mutawaa ini adalah dikira sebagai detik awal Saudi cuba menghapuskan imej keras dan ekstrem yang diwarisinya sejak puluhan tahun yang lalu. Seterusnya, siri-siri sekatan dan penangkapan ke atas individu ekstrem dilakukan bagi meneutralkan masyarakat Saudi terutama yang tinggal di wilayah Najd atau hari ini dikenali sebagai Riyadh. Ramai tokoh ekstrem dipenjarakan atas alasan pemikiran keras mereka dan pada masa yang sama adalah untuk menyekat aliran kiri yang cuba menghalang segala pembaharuan yang dilakukan oleh MBS. Malah semua yang berada dalam kabinet MBS juga terpaksa akur dengan segala arahan dan projek pembaharuan yang dilakukan MBS ketika ini.
Wahabism diganti Westernization
Malah, yang lebih menarik lagi adalah apabila MBS yang berpendidikan domestik di Saudi ini, tetapi mempunyai pemikiran yang lebih ke Eropah dan cukup menyenangi dasar luar Amerika yang dibawa Presiden Donald Trump sebelum ini. MBS dilihat cuba membawa pembaharuan yang akan menjadikan Saudi sekutu rapat Amerika dan negara Barat lainnya.
Keupayaan MBS meyakini Trump dalam kes Jamal Khasoggi adalah bukti bagaimana organic diplomatic relationship yang dibina antara kedua-dua negara ini cukup utuh. Terbaru, Perancis juga membebaskan warga Saudi yang ditahan terkait kematian Khasoggi pada Oktober 2018 yang lalu. Akhirnya, setelah suara yang menentangnya berjaya disenyapkan dan dihapuskan, maka tiada apa lagi yang dapat menghalang MBS dari melakukan satu reform yang menandakan kelahiran baru Saudi.
Pembaharuan yang dibawa ini tidak berkait dengan konsep beragama semata-mata, ia adalah perubahan gaya hidup, pemikiran dan tindak tanduk. Perubahan ini amatlah disenangi oleh golongan muda. Kebenaran bagi golongan wanita untuk memandu, pergerakan tanpa mahram, kebebasan berpakaian (bewarna), penampakkan rambut bagi wanita, penjualan binatang termasuk anjing, bergambar di khalayak umum, permainan video termasuk Pokemon dan lain-lain lagi. Hiburan juga tumbuh rancak di sana sini, kafe dikunjungi lelaki dan wanita tanpa mahram serta pergaulan bebas semakin ketara. Kemuncak kepada semua ini adalah apabila Riyadh Season dilancarkan pada Oktober 2021 hingga March 2022, lima bulan yang ditandai dengan pelbagai acara yang bakal menarik jutaan pelancong hadir ke Saudi bagi mengikuti pelbagai event yang dijadualkan termasuklah konsert, pertandingan dan sebagainya.
Wahhabi sirna identiti
Kesan atas segala yang dilakukan MBS ini pastinya ada sisi positif dan negatifnya. Perang MBS terhadap kelompok ekstrem yang mewarnai Wahhabism di Saudi mempunyai risiko yang besar. Kelompok ekstrem yang cuba disenyap dan dilenyapkan ini pastinya akan mengambil peluang untuk melakukan tindak balas. Reform yang dibawa MBS ini dilihat akan menyebabkan masyarakat Saudi keliru dan celaru.
Wujud dua camp di Saudi ketika ini, satu adalah aliran yang menyukai pembaharuan dan modernisasi yang dibawa oleh MBS. Golongan ini ditunjangi oleh populasi muda Saudi terutama golongan yang mendapat pendidikan di luar negara terutama di Barat termasuk di Malaysia. Golongan ini juga sudah diracuni pemikiran mereka dengan medsos tanpa limit terutama YouTube, Twitter, Instagram, TikTok dan snapchat. Malah golongan ini juga minuman rasminya adalah starbucks dan video game adalah makanannya. Golongan ‘shabab’ ini menguasai kehidupan Saudi dalam semua aspek.
Golongan kedua adalah yang masih setia dengan ideologi keras, golongan ini masih dipelopori kaum tua yang telah terasuh dengan cara hidup ‘lama.’ Golongan ini hidup dengan Mutawaa dan tidak menyenangi elemen moden bersifat hedonistik dan thogut.
Golongan ini masih kekal berbahaya walaupun dipinggirkan pada era MBS ini. Golongan ini masih mempunyai pengikut dan tetap diterima oleh segelintir masyarakat Saudi. Golongan ini boleh memberikan impak negatif, boleh menghuru-harakan Saudi malah boleh mengancam keselamatan negara melalui deologi radikalisme & ekstremisme mereka.
Perjuangan MBS ini menjadikan Wahhabism hilang identitinya. Reform yang dilakukan di Saudi ini sudah mula tidak disenangi oleh negara Islam lainnya. Akan tetapi ‘haramain’ menjadikan banyak negara Islam terpaksa patuh dan tunduk sahaja.
MBS perlu berjuang untuk memenangi bukan sahaja hati rakyatnya, malah negara Islam lainnya. MBS perlu memastikan minoriti yang masih kekal dengan ideologi ekstrem tersebut dikawal sepenuhnya. Inisiatif anti-terrorism yang digerakkan MBS mestilah berterusan dengan pemerkasaan peringkat domestik dan antarabangsa. Sebelum ini, Wahhabi adalah ekstrem, keras dan ditolak, tetapi kini Wahhabi era MBS dilihat lebih terbuka, moden dan diterima oleh kebanyakkan rakyat dan negara Barat.
Penulis adalah Felo Kanan Institut Keamanan Global (GPI) London, United Kingdom
Saudi berbeza di bawah Putera Mohamad Bin Salman
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.