Taksub kepada ketua antara 8 kriteria ajaran sesat

Taksub kepada ketua antara 8 kriteria ajaran sesat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengenal pasti lapan kriteria utama berhubung kait dengan ajaran sesat di Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia termasuk taksub dan fanatik kepada guru atau ketua ajaran.

Menurut beliau, kriteria lain meliputi tindakan berpegang kepada akidah selain Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengamalkan ajaran kerohanian atau tasawuf falsafah yang bercampur aduk dengan ajaran kebatinan.

“Segelintir pengikut ajaran sesat juga berpegang kepada perkara khurafat dan tahyul selain menganggap ilham, mimpi atau kasyaf sebagai sumber pegangan serta kepercayaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) mengenai kriteria utama dalam sesebuah ajaran sesat yang dikenal pasti kerajaan.

Ahmad Marzuk berkata, faktor lain meliputi menyeleweng tafsiran al-hadis untuk kepentingan peribadi atau kumpulan dan berpegang kepada pemikiran liberalisme dan pluralisme agama.

Menurut beliau, kriteria ajaran sesat yang seterusnya didapati menolak disiplin ilmu dan bidang kuasa pihak berkuasa agama.

“Ini sebahagian daripada kriteria utama yang sering kita temui menerusi pihak berkuasa agama dalam sesebuah ajaran sesat yang dibongkarkan,” katanya. K Online

Taksub kepada ketua antara 8 kriteria ajaran sesat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker