Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang saintis memberi amaran bahawa kepupusan umat manusia boleh berlaku antara satu atau dua abad lagi akibat jumlah karbon yang terdapat di dalam lautan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Profesor geofizik di Institut Teknologi Massachusetts, Daniel Rothman memberi amaran bahawa paras  kritikal unsur tersebut di laut adalah kira-kira 300 gigaton dalam masa satu abad. Satu gigaton adalah menyamai satu bilion metrik tan.

Bagaimanapun, katanya, menjelang tahun 2100, unsur karbon di laut dijangka mencecah  500 gigaton.

Sebaik sahaja paras kritikal tersebut dilepasi, huru-hara akan berlaku di planet ini dan umat manusia akan pupus.

Malah, beliau  mengatakan, memandangkan proses itu tidak berlaku dalam tempoh satu malam, manusia akan menyedari perkara itu hanya apabila ia sudah terlambat.

“Apa yang kita  lihat sekarang adalah amat serius.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa banyak yang diperlukan untuk meletakkan kita pada titik puncak yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” katanya.

Rothman menambah, jumlah besar karbon yang dipam ke atmosfera boleh menyebabkan gangguan yang tidak dapat dibayangkan.

“Setiap kali terdapat peristiwa besar dalam sejarah kehidupan, terdapat juga gangguan besar yang berlaku terhadap alam sekitar. Kombinasi seperti ini  cenderung berlaku,” jelasnya.

Jika jumlah karbon di lautan terus meningkat pada kadar yang tetap ia boleh melepasi ambang kritikal yang menjadikan lautan terlalu berasid untuk dihuni oleh ikan.

Unsur itu amat penting sehingga empat daripada lima kejadian kepupusan besar-besaran di Bumi dikaitkan dengannya. – AGENSI

Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Ebit Liew dipanggil Prince Salman di Brazil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker