Lelaki bertengkar dengan bomba angkara tebuan

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki tidak membenarkan anggota bomba membakar sarang tebuan di Kampung Penanti, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mengundang kemarahan penduduk setempat

Video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial @heartless0911 menunjukkan seorang lelaki bertengkar dengan anggota bomba kerana tidak mahu sarang tebuannya disentuh.

“Kalau tebuan jatuh atas kepala mak saya atau anak-anak, siapa nak bertanggungjawab? Saya buat aduan untuk keselamatan orang lain,” jelasnya

Dalam pada itu, anggota bomba turut menasihati pemuda tersebut kerana tindakannya menghalang sarang tebuan dibuang mendatangkan bahaya kepada orang lain.

“Perkara ini boleh dicegah sebelum benda buruk berlaku, lebih baik sediakan payung sebelum hujan,” nasihat bomba.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa marah terhadap tindakan tersebut yang dianggap mementingkan diri.

“Jika sesuatu itu boleh mendatangkan mudarat kepada umum, wajib dicegah,” tulis Hasan. – K! ONLINE

Lelaki bertengkar dengan bomba angkara tebuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker