Kes buli: Imej MRSM tidak tercalar

PETALING JAYA: Imej Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak terjejas hanya kerana kes-kes terpencil seperti kes buli yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Malah, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd. Dun yakin institusi berkenaan masih lagi menjadi institusi pendidikan pilihan utama ibu bapa dan pelajar di negara ini.

“MRSM merupakan institusi yang diidamkan ramai pelajar dan kes buli di salah sebuah MRSM memang menyebabkan ramai berasa marah dan kecewa de­ngan MRSM.

“Pihak kami memandang serius kes buli ini dan akan ambil tindakan yang sewajarnya. Kita akan tengok juga bagaimana kes ini boleh berlaku dan mencari jalan untuk menangani masalah sosial ini.

“Kita tidak mahu anak-anak kita menjadi takut dan resah apabila berada di sekolah, kerana ini melibatkan anak-anak muda dan masa hadapan mereka serta memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

MRSM menjadi topik paling sohor dibincangkan warga Twitter susulan rakaman video kejadian buli melibatkan pelajar sekolah yang tular dalam media sosial.

Video 10 saat me­rakamkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama yang dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Kuala Kangsar.

Warganet meluahkan perasaan kesal apabila masih terdapat segelintir pelajar yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian buli sebelum ini yang ada dalam kalangan kes sehingga membawa kepada kehilangan nyawa. – UTUSAN

Kes buli: Imej MRSM tidak tercalar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Buli MRSM: 6 pelajar dibebaskan dengan jaminan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker