Najib aset UMNO, bantu parti hadapi PRU-15

Najib aset UMNO, bantu parti hadapi PRU-15

JOHOR BAHRU: UMNO Johor berharap Datuk Seri Najib Razak akan terus membantu parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu masih memiliki pengaruh yang kuat selain disukai rakyat dan kelebihan itu perlu digunakan parti bagi menghadapi PRU-15.

“Secara efektifnya, Najib tidak dapat lagi bertanding pada PRU-15 berikutan keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun saya berharap beliau akan terus bantu parti menghadapi pilihan raya.

“Najib masih ada pengaruh kuat dalam kalangan rakyat dan beliau masih aset parti. UMNO pun sayangkannya dan seharusnya beliau terus diberi peranan berkhidmat dan membantu parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan surat tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perling kepada penduduk Kampung Sungai Pinang, Perling, di sini, hari ini.

Mahkamah Rayuan pada Rabu lalu dilaporkan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah di atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Ditanya sama ada langkah UMNO mahu mengekalkan Najib itu akan memakan diri dan menyebabkan imej UMNO akan tercalar, Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling menafikan perkara itu.

“Ramai pihak menyatakan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai perbicaraan berbaur politik.

“Keputusan mahkamah itu tidak bermakna rakyat akan tolak Najib kerana beliau masih aset kepada UMNO.

“Bagi saya tidak salah untuk menggunakan pengaruh Najib sebagai penguat dan penyokong parti,” katanya. BH

Najib aset UMNO, bantu parti hadapi PRU-15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker