Jadual baharu SPM 2021

Jadual baharu SPM 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang akan bermula pada 2 sehingga 29 Mac 2022.

Berdasarkan jadual baharu SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia bermula hari ini, peperiksaan pada Rabu 2 Mac kelak akan bermula seawal pukul 8 pagi melibatkan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual- Teori Seni.



Turut dimuat naik adalah jadual masa tambahan bagi calon yang berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan (buta dan rabun), kurang upaya pelbagai dan kurang upaya fizikal.

Menurut Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan SPM 2021 itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memuat turun jadual baharu tersebut dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.

“JPN juga perlu mencetak dan mengedarkan jadual baharu itu kepada semua calon persendirian manakala Pengetua Sekolah perlu mengedarkan jadual berkenaan kepada semua calon terlibat,” katanya.

Terdahulu, KPM memaklumkan akan mengeluarkan jadual baharu SPM 2021 selepas jadual sebelum ini mengundang kritikan pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac hingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada Jumaat dan Ahad.



Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari hingga 20 Mac 2022. K Online

Jadual baharu SPM 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker