Rasuah RM3 juta, bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri didakwa esok

Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri Kabinet akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung kes rasuah hampir RM3 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan.

Mengikut senarai kes mahkamah, kes Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham akan disebut di hadapan hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

Pada 15 Ogos lalu Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman Saifullah bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Lelaki berusia 29 tahun itu direman selama 5 hari mulai 15 Ogos hingga esok.

Difahamkan, dia akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan menerima rasuah tahun lalu mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker