Penduduk Kg Sungai Baru tuntut rumah kos rendah, bukan sekadar wang pampasan
Penduduk Kg Sungai Baru tuntut rumah kos rendah, bukan sekadar wang pampasan
Kegagalan pemaju memberi jaminan kediaman kos rendah di sekitar Kuala Lumpur khususnya di kawasan Parlimen Titiwangsa kepada penduduk Kampung Baru menyebabkan isu pampasan ditangguhkan ke tahun depan, kata wakil penduduk Sungai Baru.
Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Baru, Syed Salehuddin Syed Abdullah berkata, menerusi dokumen perjanjian antara pemaju dan penduduk, pemaju bersetuju untuk memberi pampasan sebanyak RM1.2 juta kepada pemilik rumah flat dan RM3 juta kepada pemilik rumah teres.
Bagaimanapun, tuntutan jaminan kediaman berkos rendah yang diminta penduduk masih tidak mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak.
“Penduduk hanya minta pampasan yang adil dan jaminan kediaman rumah mampu milik yang tersedia sebab ramai penduduk ada tiga generasi, anak-anak mereka kebanyakannya warga daif… tidak kiralah di flat atau di rumah teres, mereka bukan orang senang sebab itu mereka nak rumah kos rendah.
“Kalau boleh rumah di kawasan Parlimen Titiwangsa juga, misalnya di Wangsa Maju. Kalau dapat rumah kos rendah seperti PPR, cukai tanah dan cukai pintu tak banyak bukan seperti kondominium mewah, memang kami tak mampu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, penduduk memberi sehingga pertengahan tahun depan agar isu pampasan dan penempatan diselesaikan secara adil.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mencadangkan supaya proses siasatan pengambilan tanah di Kampung Baru ditangguhkan ke tahun depan bagi membolehkan rundingan antara pemaju dan pemilik lot flat PKNS Sungai Baru berkenaan isu pampasan mencapai persetujuan.
Dalam satu kenyataan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) berkata, persetujan itu dicapai selepas rundingan bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemaju dan penduduk PKNS Sungai Baru baru-baru ini.
Perancangan pembangunan di Kampung Sungai Baru melibatkan penduduk yang menetap di dua jenis kediaman, iaitu flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rumah di tanah persendirian termasuk rumah teres.
Sekumpulan penduduk mengadakan bantahan pada Sabtu lalu kerana tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan dan notis warta kerajaan yang diterima dalam tempoh yang singkat ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuat kuasa sebelum ini.
Mereka mendakwa ditawarkan pampasan antara RM200,000 sehingga RM250,000 bagi unit flat manakala manakala bagi kategori rumah teres hanya kira-kira RM400 sekaki persegi sedangkan penilaian oleh jurunilai dilantik sebelum ini menganggarkan nilai semasa adalah RM1,500 sekaki persegi untuk tanah sahaja, tidak termasuk bangunan.
Mengulas lanjut, Salehuddin berkata, penangguhan berkenaan sebenarnya disuarakan oleh penduduk dalam mesyuarat bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Harun pada Selasa lalu kerana mahu proses pengambilalihan tanah dan bayaran pampasan dibuat secara adil dan telus.
Ini kerana katanya, pemaju menggunakan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk melakukan pengambilan sebelum Seksyen 4 dikeluarkan.
“Seksyen 4 memerlukan pemaju mengadakan rundingan dengan penduduk sebelum notis Seksyen 8 dikeluarkan tetapi pemaju tak buat, terus keluarkan notis Seksyen 8 untuk perangkap penduduk,” katanya.
Tegasnya, penduduk tidak mahu kediaman transit kerana khuatir nasib generasi selepas mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
“‘Track record’ rumah transit kerajaan tak bagus sebab ada kes lebih 30 tahun baru dapat rumah sendiri… masa itu pemilik tanah ada yang dah meninggal, jadi anak-anak susah,” tambahnya. FMT
Penduduk Kg Sungai Baru tuntut rumah kos rendah, bukan sekadar wang pampasan
Baca Artikel Menarik :
- Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf
- Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis
- Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang
- Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg
- Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir
- Cara Pengiraan Zakat ASB
- Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan
- Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
- PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?
- Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami
- ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram
‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’