Papan iklan ‘gunting peta Sarawak dari Malaysia’ propaganda melampau

LINA Soo bergambar di hadapan sepanduknya yang memaparkan simbolik ‘Bebaskan Sarawak dari Malaysia’ berupa sebilah gunting di tengah Laut China Selatan sebelum diturunkan oleh Parti Aspirasi selepas diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

KUCHING: Propaganda Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) menggunakan papan iklan memaparkan sebilah gunting tanda simbolik ‘pisahkan Sarawak dari Malaysia’ diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden Aspirasi, Lina Soo berkata, beliau diarah menurunkan papan iklan itu secepat mungkin kerana didakwa berunsurkan provokasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Saya diarahkan untuk menukar papan iklan ini kerana ia sensitif dan disifatkan sebagai hasutan.

“Saya kata saya kena berhubung dengan kontraktor terlebih dahulu, tapi mereka (SPR) mahu saya turunkannya dengan segera,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, Lina berkata, beliau akur dengan arahan SPR dan akan menggantikannya dengan papan iklan yang baharu.

Papan iklan itu terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching, berhampiran tugu kucing putih yang memaparkan gambar Lina sebagai calon kerusi Padungan.

Kempen Aspirasi turut memaparkan peta Malaysia ‘digunting’ bagi memisahkan Sarawak dan Malaysia.

Di bawah peta tersebut turut disertakan dengan seruan ‘Undilah untuk kemerdekaan Sarawak!’.

Di sebelah peta itu juga mempunyai seruan ‘Bangunlah Sarawak’, ‘Cukup-cukuplah’ dan ‘Hentikan penderitaan 58 tahun.’

Aspirasi yang meletakkan 15 calon dalam PRN kali ini, menjadi parti kedua Sarawak selepas Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang memperjuangkan propaganda ‘membawa keluar Sarawak dari Malaysia’.

Parti tersebut mula menggunakan lambang rama-rama kebangsaan iaitu Rajah Brooke’s Birdwing bermula awal tahun lalu, selepas dijenamakan semula daripada parti STAR, yang telah bertapak di Sarawak sejak 1996.

Papan iklan ‘gunting peta Sarawak dari Malaysia’ propaganda melampau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: Jangan salah pilih burung

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker