Kaunter bayar saman di KLCC ditutup

KUALA LUMPUR – Kaunter pembayaran saman sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini telah ditutup pada petang Jumaat bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kaunter itu juga ditutup kerana tiada penjarakan fizikal dan keadaan yang sukar dikawal serta berisiko kepada berlaku penularan jangkitan Covid-19.

“Orang ramai dinasihatkan untuk membayar saman di mana-mana kaunter trafik seluruh Malaysia,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Sarifudin turut menyeru orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal selain menggalakkan pembayaran kompaun secara dalam talian.

Pada Khamis, media melaporkan kaunter pembayaran saman yang menawarkan diskaun hingga 80 peratus sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia mendapat sambutan paling tinggi apabila ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 9 pagi.

Tawaran pembayaran saman yang terletak di Dewan Lima, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ‘meriah’ dengan kehadiran orang ramai yang ternyata tidak mahu melepaskan peluang melangsaikan tunggakan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kaunter bayar saman di KLCC ditutup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker