Hubungan intim di restoren sampai rosak sinki

Hubungan intim di restoren sampai rosak sinki

MIAMI, FLORIDA – Seorang wanita didakwa menyebabkan kerosakan pada sinki sebuah restoran semasa melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya, lapor akhbar The Sun semalam.

Kathryn Trammel, 37, dituduh melakukan perkara tersebut di dalam bilik air selepas ditangkap pemilik restoran Irish 31 di Seminole, Florida, lapor laman berita The Smoking Gun.

Menerusi pertuduhan di mahkamah oleh pemilik restoran, Trammel didakwa telah menyebabkan kerosakan berjumlah AS$500 (RM 2,111.25) dalam kejadian pada Selasa lalu.

Trammel dan teman lelakinya diminta meninggalkan tempat itu selepas perbuatan mereka diketahui oleh seorang pekerja restoran.

‘’Defendan dan rakannya meninggalkan bilik air lalu duduk di bar restoran,’’ kata timbalan syerif.

Laporan polis mendapati, Trammel mengaku dia bersama rakannya melakukan hubungan intim di dalam bilik air sehingga menyebabkan sinki pecah dan dinding rosak.

Trammel dibebaskan setelah berjanji menuruti perintah mahkamah.

Laporan polis menyatakan bahawa teman lelaki Trammel tidak didakwa atas kesalahan terbabit. K Online

Hubungan intim di restoren sampai rosak sinki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker