China berang Barat boikot Olimpik Beijing dan beri amaran Barat akan terima padah

BEIJING – China memberi amaran kelmarin bahawa negara-negara Barat akan ‘menerima padah’ kerana melakukan boikot diplomatik terhadap temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Menurut akhbar Bangkok Post, Washington mengumumkan pemboikotan tersebut awal minggu ini dengan alasan China melakukan pencabulan hak asasi manusia dan genosid terhadap minoriti Islam Uighur di Xinjiang.

Australia, Britain dan Kanada mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) itu pada Rabu lalu.



Pemboikotan itu tidak menyekat penghantaran atlet Barat ke temasya sukan tersebut tetapi masih mencetuskan kemarahan Beijing yang memberi bayangan bahawa ia akan melakukan tindak balas.

“Penggunaan platform Olimpik untuk tujuan manipulasi politik oleh AS, Australia, Britain dan Kanada adalah tidak popular dan menjadikan negara-negara berkenaan lebih terasing. Mereka akan menerima padah atas kesilapan tersebut,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin kepada pemberita.

Kumpulan-kumpulan hak asasi menyokong boikot Barat dengan pengarah organisasi Human Right’s Watch China, Sophie Richardson menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah mencabar jenayah kemanusiaan yang menyasarkan penduduk Uighur dan etnik minoriti lain.

Aktivis-aktivis berkata, sekurang-kurangnya sejuta penduduk Uighur dan etnik Turk lain ditahan di kem-kem ‘pendidikan semula’ di Xinjiang di mana China turut dituduh memaksa pemandulan wanita.



Beijing mempertahankan tindakannya dan menyatakan bahawa kem-kem tahanan itu sebaliknya merupakan pusat latihan vokasional bertujuan untuk menmengurangkan pengaruh Islam ekstrem.

Dalam pada itu, Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik, Thomas Bach berkata pada Rabu lepas bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian itu. – Agensi

China berang Barat boikot Olimpik Beijing dan beri amaran Barat akan terima padah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Perang’ China ke atas ekonomi Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker