Sempoi Makcik Ini Bantu Beri Laluan Pada Ambulans Raih Perhatian Dan Pujian Ramai [VIDEO]

Sempoi Makcik Ini Bantu Beri Laluan Pada Ambulans Raih Perhatian Dan Pujian Ramai [VIDEO]

Bagi yang memiliki lesen memandu tentunya tahu peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi seperti memberikan laluan kepada pihak berkuasa dalam situasi kecemasan. Baru-baru ini pula, gelagat seorang mak cik yang membantu pihak ambulans mendapat laluan meraih perhatian ramai.

Rakyat Malaysia sangat terkenal dengan keprihatinannya, sebab itu jika terdengar saja bunyi siren-siren ini mereka akan segera ke tepi dan berhenti buat seketika demi memberi laluan.

Tindakan spontannya itu turut menarik perhatian apabila dia dilihat seperti seolah-olah sudah biasa melakukannya. Malah rata-rata netizen turut sama memberikan pujian kepada mak cik tersebut di atas bantuannya itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang mak cik mengiringi sebuah kereta ambulans telah mencuri tumpuan ramai.

VIDEO DIBAWAH:-

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang mak cik yang menunggang motorsikal membantu petugas ambulans di dalam situasi ini. Malah turut dapat dilihat, dia menggerakkan tangannya ke kiri kanan meminta pemandu lain memberikan laluan.

Dalam masa yang sama, petugas ambulans itu turut mengekorinya dari belakang dan melalui jalan yang telah diberikan. Apa yang menarik perhatian ialah kesemua pemandu di situ turut sama memberikan kerjasama melihat arahan yang diberikan mak cik tersebut.

Aksi spontannya ini turut meraih pujian ramai di mana netizen menganggap mungkin juga wanita itu pernah mempunyai pengalaman sebagai petugas trafik. Melihatkan pada gayanya ini, netizen turut memuji kegigihannya membantu.

“Aku dah cakap, jangan sampai perempuan yang suruh kau tepi.”

“Pencen trafik ni, gaya tangan dan last pun boleh nampak bekas anggota” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai video tersebut. Malah, ramai juga yang memuji tindakan mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 807.3K views, 81.8K likes dan 1,974 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sempoi Makcik Ini Bantu Beri Laluan Pada Ambulans Raih Perhatian Dan Pujian Ramai [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker