Guru bunuh diri selepas tembak isteri, tiga anak

Guru bunuh diri selepas tembak isteri, tiga anak

BERLIN – Seorang guru sekolah di Jerman telah menembak isteri, tiga anak kecilnya sebelum membunuh diri menggunakan pistol selepas didapati memalsukan sijil vaksinasi Covid-19.

Mangsa berusia 40 tahun itu, Devid R, ditemui mati bersama isterinya, Linda, 40, dan tiga anak perempuanya masing-masing berusia 4,8 dan 10 tahun.

Mayat mereka ditemui di dalam kediaman mereka di Senzig, kira-kira 20 batu dari Selatan Berlin pada Sabtu lalu.

Hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa telah menemui sepucuk nota yang ditinggalkan lelaki itu.

Dalam nota itu, Devid mengakui telah memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 untuk isterinya yang bekerja di sebuah universiti di bandar Koenigs Wusterhausen.

Tindakan pemalsuan sijil vaksinasi itu telah dikesan oleh majikan isterinya sebelum mereka dimaklumkan polis akan datang menahan mereka dan akan kehilangan ketiga-tiga anak perempuannya, kata pendakwa raya Gernot Bantlon kepada Reuters seperti laporan Metro.co.uk.

“Dalam surat itu, mangsa menjelaskan universiti (majikan isteri) mahu meneruskan siasatan secara mendalam terhadap jenayah pemalsuan sijil vaksinasi yang dimilik Linda (isteri mangsa),” katanya.

Jerman telah memperketatkan syarat bagi mengekang penularan gelombang keempat Covid-19 di negara itu.

Sejak November lalu, para pekerja disyaratkan menunjukkan mereka bervaksinasi lengkap, pulih atau negatif saringan Covid-19.

Pihak berkuasa kerajaan itu juga bersetuju melarang mereka yang tidak ada vaksinasi lengkap terlibat urusan harian perkhidmatan penting seperti kedai runcit, farmasi dan bakeri.

Terbaharu sejumlah 69,601 kes jangkitan baharu dilaporkan di Jerman iaitu lebih 2,415 kes pada tempoh yang sama minggu manakala seramai 527 lagi dilaporkan meninggal dunia. MG

Guru bunuh diri selepas tembak isteri, tiga anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker