Luno cadang tambah aset digital dalam senarai di platform

Luno cadang tambah aset digital dalam senarai di platform

Luno merancang untuk menambah bilangan aset digital atau mata wang kripto baharu untuk didagangkan dan dilaburkan di platformnya di Malaysia tahun hadapan.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang, berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelanggan mereka, perkara pertama yang mereka sering mahukan daripada Luno ialah untuk menambah lebih banyak mata wang kripto.



“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan nama aset kripto ini yang kami rancang untuk lancarkan pada tahun depan memandangkan ia tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda yang kami sedang berusaha keras untuk mendapatkan kelulusan daripada SC untuk membolehkan kami melancarkan aset digital ini pada 2022.

“Apabila kami sudah menerima lampu hijau daripada pengawalselia, maka kami akan mengumumkannya selepas itu,” katanya pada taklimat media secara maya semalam.

Luno mengumumkan yang ia telah berjaya memperoleh lebih 600,000 pedagang kripto pada penghujung November 2021.



Ia adalah satu peningkatan yang ketara di mana lebih 233 peratus tahun-ke-tahun (YoY) daripada kira-kira 180,000 pelanggan yang direkodkan pada penghujung November 2020, menandakan terdapatnya permintaan kukuh bagi kriptowang di Malaysia.

Sebagai bursa aset digital terbesar di Malaysia, Luno telah memproses pembayaran bernilai lebih RM12 bilion pada 2021, peningkatan sebanyak 4.3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pada masa sama, Luno menyimpan kriptowang bernilai lebih RM2 bilion bagi pihak pelanggannya yang merangkumi lima aset digital diluluskan iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Mengulas lanjut Aaron berkata, minat terhadap aset digital dalam kalangan rakyat Malaysia terus berkembang pada 2021, di mana ramai pelabur melihat kriptowang sebagai salah satu alternatif simpanan bernilai atau permulaan kepada perjalanan pelaburan mereka.



“Peningkatan kesedaran mengenai kriptowang di kalangan masyarakat telah menggalakkan lebih ramai lagi orang untuk menerokai kegunaan lain kriptowang, contohnya sebagai sistem pembayaran dan pembelian aset digital unik seperti ‘token tidak sepiawai’ atau non-fungible token (NFT).

“Oleh itu, kami kekal optimis bahawa pelanggan kami boleh mencapai matlamat kewangan mereka untuk mengembangkan dan memelihara kekayaan mereka menerusi pelaburan dalam aset digital,” katanya. BH

Luno cadang tambah aset digital dalam senarai di platform


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]



Related Articles

One Comment

  1. Penipu cenderung untuk sentiasa mempunyai cerita latar belakang yang baik untuk memberitahu anda supaya anda melabur dalam platform mereka. Saya kehilangan lebih $87k kepada TradexFX untuk membantu saya melabur dalam Bitcoin dan saya telah ditipu. Tetapi saya menghubungi Lallroyal .org selepas menonton testimoni mereka di youtube. Selepas banyak penyiasatan yang dijalankan oleh Lallroyal Recovery, wang saya yang hilang telah dilaburkan dan jangkaan keuntungan saya untuk pelaburan telah diperoleh kembali kepada saya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker