PRN Sarawak: Antara BN, PN… Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?

PRN Sarawak: Antara BN, PN… Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Barisan Nasional (BN) kekal laksanakan janjinya kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak meletakkan calon bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Kata Pengarah Komunikasi BN itu, jelas menunjukkan BN menghormati GPS dan ia berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini berjanji tidak bertanding di PRN tersebut.

“Namun. Bersatu (PPBM) bertanding? Tapi atas tiket Bebas. Biarpun Pengerusi PN kata tidak akan bertanding di PRN Sarawak.

“Nampakkan parti mana lebih ikhlas dan jujur? Rakyat Sarawak pasti boleh menilainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Begitu juga Ahli Parlimen Lenggong itu berkata parti komponen PN iaitu Pas turut bertanding di PRN Sarawak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju yang juga Ahli Parlimen Saratok dari Bersatu bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Krian.

Begitu juga dilaporkan di DUN Belaga calonnya Siki Balarik; Bawang Assan, Ricky Enteri; Muara Tuang, Ismawi Muhammad dan sehingga kini mereka masih tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin dari partinya.

Justeru itu, Dr Shamsul turut mengimbau ketika PRN Sabah pada tahun lalu, sebagaimana diketahui umum Bersatu turut meletakkan calonnya di sebalik ‘bebas’ melawan BN walaupun telah ada persetujuan tidak akan berbuat sedemikian.

Terdahulu, BN telah memberikan komitmen kepada GPS tidak akan bertanding di dalam PRN Sarawak kerana yakin gabungan parti-parti negeri itu mampu memperolehi kepercayaan untuk terus mentadbir negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada Isnin lalu, pengundian awal pada 14 Dis manakala 18 Dis pula adalah hari pengundian PRN Sarawak. – UMNO ONLINE

PRN Sarawak: Antara BN, PN… Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker