Anwar akan jawab esok isu DNAA Zahid

Anwar akan jawab esok isu DNAA Zahid

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Dewan Rakyat, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada Perdana Menteri akan menjawab mengenai isu keputusan DNAA Presiden UMNO.



Katanya, sesi itu berkemungkinan akan berlaku pada jam 2.30 hingga jam 3.30 petang.

“Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan (Anwar) ada di sini, bagi tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok.

“Jadi soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita adalah kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika Anwar memasuki Dewan Rakyat.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin adakah Anwar akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi di Dewan Rakyat.



Sementara itu, Azalina ketika penggulungan perbahasannya turut menyatakan kerajaan komited memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan dan bersetuju dari segi prinsip.

“Kenapa masa Yang Berhormat, kerajaan tak nak pisahkan Peguam Negara? Kenapa tak pisah?

“Bila Yang Berhormat kena, kata pendakwaan terpilih. Dalam isu ini, kami di sini cakap kami buat. YB di sana (pembangkang) bukan saja tak buat, cakap pun tak.

“Berkuasa empat tahun, jangan nak cakap pasal pendakwaan terpilih kerana Kerajaan Madani komited kepada tatakelola yang lebih adil. Itu sebab kami hashtag #walkthetalk, tetapi mereka hashtag #theydontwalk dan theydonttalk (bukan sahaja tak buat, cakap pun tak),” katanya.



Azalina berkata, kerajaan juga sedang berusaha melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk membabitkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Katanya, pindaan itu diharap dapat dilakukan pada tahun ini.

“Jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Bagaimanapun, mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH – Kuala Selangor) yang bertanya bila pindaan berkenaan dapat dilaksanakan. BH

Anwar akan jawab esok isu DNAA Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker