Terima jawatan dari PN, DAP ambil tindakan keras pecat 8 ahli

 

DAP menggugurkan keahlian tujuh ahlinya di Perak selepas mereka menerima jawatan yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional (PH).

Ketujuh-tujuh mereka dikatakan menerima jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di kampung masing-masing.

Mereka adalah Wong Chee Ming, Choo Kok Cheng, Liew Kee Ho, Loh Kok Weng, Cheng Kai Meng, Khor Ah Lak dan Wong Chee.

Keanggotaan seorang lagi yang dikenali sebagai Chan Fook Ching ditamatkan selepas didapati berkhidmat sebagai pembantu wakil rakyat Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Keahlian Leong digugurkan pada 19 Januari kerana didakwa menjadi ahli MCA.

Memang Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar

Dalam satu kenyataan, ketua jawatankuasa tatatertib DAP, Chong Chien Jen berkata semua anggota parti tidak dibenarkan menerima jawatan yang ditawarkan PN tanpa kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.

“Jangan korbankan integriti parti dan kehormatan diri untuk jawatan atau faedah peribadi yang ditawarkan oleh PN.

“Ini bukan hanya tindakan khianat kepada parti tetapi juga pengkhianatan kepada rakyat,” katanya.

Leong adalah antara tiga Adun DAP yang keluar parti sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tumbang tahun lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker