Prasarana akhirnya sahkan pecat Nizam sebagai CEO

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa lembaga pengarahnya telah memecat Muhammad Nizam Allias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Keputusan itu dibuat oleh lembaga pengarah pada 23 Februari tetapi tidak diumumkan secara terbuka.

Sementara itu Norlia Noah dilantik sebagai pemangku presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan yang baru berkuat kuasa 23 Februari.



“Prasarana tidak lagi mengeluarkan komen atau kenyataan mengenai perkara itu,” kata syarikat itu.

Semalam, Nizam berkata dia tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmatnya di Prasarana.

Nizam digantung tugas sejak 9 Disember susulan dakwaan salah laku dan keingkaran (insubordination).

Hubungan di antara Nizam dan Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman  mula menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu.



Ini selepas timbul dakwaan bahawa Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak mencampuri urusan dalam keputusan dibuat Prasarana.

Pada Januari lalu Tajuddin berkata sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga ahli lembaga pengarah ditubuhkan untuk mengkaji tuduhan terhadap Nizam.

Prasarana merupakan syarikat milik kerajaan yang memiliki aset-aset perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.

https://mykmu.net/2017/06/08/prasarana-malaysia-bakal-jana-pulangan-ekonomi-rm17-bilion-tahun-ini-pm/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker