‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
Pemilik Cardiff City FC dan pengasas Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan mahu menjual kapal layar besar miliknya yang bernama, Asean Lady dengan harga €30,500,000 atau RM143 juta. Kapal layar sepanjang 289 kaki (88 meter) itu menampilkan reka bentuk luar biasa yang menyerupai proa – sejenis kanu buluh yang telah digunakan oleh orang asli di Pasifik Selatan.
Menurut penjual, yang berpangkalan di Singapura, reka bentuk tersendiri ini telah memberikan kapal layar ini lebih ruang, kemampuan untuk mempunyai tingkap yang lebih besar, kestabilan pada sauh dan kestabilan semasa pelayaran. Ia juga mempunyai lapan bilik dengan kemampuan untuk memuatkan sehingga 18 tetamu.
Bilik terbesar yang terdapat di kabin utama, berkeluasan 1,722 kaki persegi (160 meter persegi) dan mempunyai balkoni peribadi dan pejabat. Bilik mandinya pula dilengkapi dengan singki berkembar, tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan. Selain itu, kapal ini mempunyai ruang istirehat, bar, bilik karaoke dan ruang makan serba elegan. Kapal layar ini juga mempunyai helipad dan ruang untuk menyimpan koleksi jet ski.
Menurut Daily Mail, Asean Lady pernah diuji dengan tsunami pada Disember 2004 sewaktu ia berlabuh di Phuket, Thailand. Kata Raffles Yacht Group, reka bentuknya yang kukuh telah menyebabkan ia selamat dari tsunami dan dinobatkan sebagai Most Innovative Motor Yacht oleh Showboats International pada 2005.
Dari segi teknikal, Asean Lady mempunyai kemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 15 knot dengan enjin 2,000hp dan menampilkan pacuan hadapan dan belakang supaya ia boleh ‘berjalan mengiring’ ke pelabuhan.
Raffles Yacht Group berkata, Asean Lady amat sesuai untuk hiburan dalam suasana tropika dengan kawasan dalaman yang besar, memberi peluang kepada semua tetamu di atas kapal untuk ruang dan privasi dalam suasana yang indah. Vc
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
Baca Artikel Menarik :
- Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf
- Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis
- Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang
- Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg
- Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir
- Cara Pengiraan Zakat ASB
- Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan
- Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
- PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?
- Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami
- ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram