Presiden PAS tidak hadir rumah terbuka Gerakan

KUALA LUMPUR: Hadi Awang tidak dapat hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan hari ini kerana mengalami masalah kesihatan, jelas Dominic Lau.

Lau yang juga presiden Gerakan berkata, presiden PAS itu memohon maaf atas ketidakhadirannya dan menghantar dua ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Halimah Ali dan Awang Hashim, sebagai wakil.

“Tok guru (Hadi) bagi salam (semalam) untuk memohon maaf kerana tak dapat datang hari ini kerana kesihatannya kurang baik.



“Halimah dan Awang Hashim jadi wakil tok guru ke rumah terbuka Gerakan,” katanya kepada FMT pada acara tersebut di Wisma PGRM, Cheras.

Awal tahun ini, Hadi yang juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Turut hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Gerakan hari ini termasuk Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin, dan Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali.

Hadi dijadualkan hadir pada majlis tersebut dan kemunculannya sememangnya dinantikan kerana beliau sudah lama tidak dilihat pada majlis umum, termasuk anjuran PN.



Awal bulan ini, FMT melaporkan hubungan Hadi dan Muhyiddin dikatakan dingin, menurut sumber, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan PN yang digagaskan Bersatu serta PAS.

Menurut sumber, hubungan dingin itu antara lainnya berkait dengan kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam maklum balasnya berkata, hubungan Hadi dan Muhyiddin sebaliknya “sangat akrab”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker