Baru sebulan dijaga pengasuh, bayi 4 bulan meninggal dunia

Baru sebulan dijaga pengasuh, bayi 4 bulan meninggal dunia

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas sebulan dijaga pengasuhnya.

Bayi berkenaan dilaporkan ditemui lemah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, petang semalam.

Ibunya Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, beliau menerima panggilan ketika berada di tempat kerja dan diminta perhi segera ke rumah pengasuh berkenaan.

“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.

“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Beliau yang ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ berkata, anak tunggalnya itu baru dilahirkan akhir Julai lalu.

Sementara itu, bapa saudara bayi terbabit, Nashrullah Mohd Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.

“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban, kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.

Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya pucat dan tiada tindak balas apabila cuba mengejutkannya.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian. FMT

Baru sebulan dijaga pengasuh, bayi 4 bulan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker