5 Rentung: Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar USAS Rentung Dalam Nahas [VIDEO]

5 Rentung: Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar USAS Rentung Dalam Nahas [VIDEO]

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas di Kilometer di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi tadi.

Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, pihaknya juga akan menjaga kebajikan keluarga mangsa, termasuk dari segi penginapan di samping keperluan lain.


”Pagi ini kami berasa begitu sedih sekali kerana lima orang pelajar kami telah meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi ini dan ibu bapa semua telah dihubungi.

“Namun demikian kami belum dapat memastikan nama-nama secara khusus sehingga dapat disahkan oleh pihak hospital, oleh forensik. Jadi insyaAllah kami akan maklumkan dari semasa ke semasa apabila kami telah mendapat pengesahan,” katanya. 
 Beliau ditemui di unit forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.

[TERKINI] Kebakaran | Lima rentung kereta terbakar

Difahamkan lima mangsa dikenali sebagai pemandu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dari Kubu Bharu, Selangor Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Cukai, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar Perak.


Kesemua mereka baru kembali dari bercuti Hari Raya Aidilfitri dan dijadualkan menduduki peperiksaan tiga minggu lagi.

Kereta membawa lima mangsa yang rentung terbabit dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar.-AA

VIDEO DIBAWAH:-

5 Rentung: Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar USAS Rentung Dalam Nahas [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker