Wanita mabuk ditahan pandu kenderaan di Langkawi

Wanita mabuk ditahan pandu kenderaan di Langkawi

TINDAKAN seorang wanita memandu kereta dibawah pengaruh alkohol mengundang padah apabila dia ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Langkawi, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah menerusi satu kenyataan berkata, wanita itu ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Pantai Tengah, Langkawi.

Katanya, hasil operasi tersebut, sebanyak 16 saman Pol.257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Seorang perempuan ditahan di bawah Seksyeh 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kereta dibawah pengaruh alkohol.

“Suspek telah buat saringan awal menggunakan peralatan SD+2 di lokasi berkenaan dan seterusnya dibawa ke Trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Langkawi untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan bertujuan bagi mengesan pemandu atau penunggang yang menggunakan kenderaan dibawah pengaruh alkohol melebih paras yang ditetapkan.

Tambahnya, turut diambil tindakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas jalan raya. Utv

Wanita mabuk ditahan pandu kenderaan di Langkawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker