Shaheizy Sam semakin pulih

Shaheizy Sam semakin pulih

Keadaan kesihatan pelakon Shaheizy Sam, 39, kini semakin baik dan kembali okey selepas dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami ‘Hypoventilation’ akibat keletihan melampau sewaktu menjalani penggambaran.

Terdahulu, Shaheizy Sam atau mesra disapa Sam berkata, dia terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di zon merah apabila terkena serangan itu ketika sedang bekerja.



“Sebenarnya, saya pernah terkena serangan begini ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 dulu. Ia dikenali sebagai ‘Hypoventilation’ yang mana kadar oksigen berkurangan di dalam badan kerana keletihan.

“Serangan itu membuatkan dada saya menjadi sempit dan sukar untuk bernafas. Jadi, saya dimasukkan ke zon merah kelmarin, untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor memantau tahap kesihatan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Sam lagi, dia bersyukur keadaan kesihatannya tidak begitu serius dan diberi pelepasan pada hari yang sama untuk meneruskan penggambaran selepas dipantau dalam tempoh sejam di hospital.

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin beransur pulih dan kini dapat meneruskan kerja penggambaran semula.



“Selepas mengambil ‘drip’ dalam tempoh satu jam, saya dah boleh kembali ke set penggambaran untuk menyambung kerja. Syukur penyakit ini tidaklah terlalu serius, cuma ia datang dan pergi saja,” katanya.

Untuk rekod, serangan ‘Hypoventilation’ berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan akibat keletihan melampau.

Jika seseorang mengalami serangan ‘Hypoventilates’, tahap karbon dioksida dalam badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen di dalam darah. HM

Shaheizy Sam semakin pulih




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker