Mayat guru ditemui dalam kereta

Mayat guru ditemui dalam kereta

LIPIS: Seorang guru lelaki ditemui mati oleh orang awam di dalam kereta di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff berusia 54 tahun, ditemui tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu.



Tiada sebarang kesan kecederaan atau darah serta senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, berkata susulan menerima panggilan daripada orang awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku telah bergegas ke tempat kejadian.

“Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.



Katanya, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam,” katanya. BH

Mayat guru ditemui dalam kereta


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker