Bintang America’s Got Talent Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Pada Usia 30 Tahun

Bintang America’s Got Talent Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Pada Usia 30 Tahun

PEMUZIK heavy metal dalam “America’s Got Talent” Jay Jay Phillips dilapor meninggal dunia akibat COVID-19.

Menurut seorang ahli keluarga, Jay Jay, 30, dijangkiti virus itu bulan lalu sebelum Hari Kesyukuran, lapor TMZ.

Keluarga ‘rocker‘ itu difahamkan telah mendesak bekas bintang America’s Got Talent tersebut untuk mendapatkan rawatan, namun dia enggan dan bertegas yang dia hanya perlu banyak rehat.

Ketika mengasingkan diri selepas dijangkiti COVID-19, ahli keluarganya sentiasa bertanya khabar tentang tahap kesihatannya.

Bagaimanapun, mereka mulai bimbang apabila dia gagal menjawab panggilan selepas 24 November.

Teman wanita ditemani ibu bintang itu kemudian pergi ke rumahnya dan mendapati Jay Jay telah meninggal dunia.

Keluarga Jay Jay mengesahkan bintang itu masih belum menerima vaksin.

Difahamkan Jay Jay telah merancang untuk mendapatkan suntikan, namun terpaksa menangguhnya setelah jatuh sakit.

Lebih menyayat hati apabila bapa mendiang bintang itu juga turut dijangkiti COVID-19.

Bapa mendiang Jay Jay, yang tinggal bersama bintang TV itu sebelum kematiannya, kini dirawat dengan bantuan ventilator di hospital.

https://youtu.be/HhpBy0AQl6g

Bintang America’s Got Talent Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Pada Usia 30 Tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker